Ads 468x60px

ESI-Q HOMEOPATHY

Formula Terkini Pemakanan Kesihatan Minda


ESI-Q ini dicipta daripada gabungan 3 unsur garam hidup. Garam hidup ini ditemui oleh Dr. Wilhem Heinrich Schuessler di dalam buku karangannya iaitu ‘Penawar Bio-chemic’ iaitu mengandungi 12 tisu garam hidup.

ESI-Q Rumusan Homeopathy ini telah di reformulasi oleh Dr (H) Zaini Ramli dengan gabungan kaedah rawatan Islam yang sesuai dengan masyarakat kita di Malaysia dalam membentuk generasi yang bukan saja bijak IQ malah lebih bijak EQ dan SQ.

Penawar garam hidup ini telah lama digunakan dari tahun 1873 sehingga kini dan penawar garam hidup ini amat berkesan kepada sistem tubuh badan manusia kerana menurut beliau kekurangan dan kelemahan kepada segala fungsi minda dan saraf berpunca dari kekurangan sejenis garam hidup yang diberi nama ‘Kali Phos’. Garam ‘Kali Phos’ inilah yang bekerja di dalam otak manusia yang mana rupanya seperti abu yang mempunyai manfaat dan khasiat yang sangat besar kepada seluruh sistem urat saraf, perkembangan dan kemajuan minda.

Di dalam otak seorang manusia ada sejenis benda kelabu yang sangat cergas bekerja menjalankan tenaga otak ianya semata-mata berjalan dan diperintah oleh tenaga garam ‘Kali Phos’. Inorganic garam ‘Kali Phos’ ini bercampur di dalam Albumin serta tambahan oksigen dan membuat air di urat saraf atau benda kelabu (grey matter) di dalam otak kita.

ESI-Q amat baik di amalkan oleh semua peringkat usia daripada bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa, orang-orang tua dan orang sakit sebagai makanan tambahan kesihatan.

SINDROM: Kekurangan garam ‘Kali Phos’ di dalam otak dan tubuh manusia menyebabkan sebarang gangguan urat saraf (Nerveos) sama ada disebabkan oleh:-

Terlalu penat, Kehabisan tenaga, Kelemahan daya berfikir, Susutan kekuatan, Lemah Fikiran, Letih dan Lesu, Otak tumpul, Pelupa, Banyak berkhayal, Otak Lembab, Ketegangan Minda, Hilang Keyakinan Diri, Hilang Konsentrasi, Selalu runsing, Perasaan rasa sugul dan susah hati, Bimbang, Risau, Cepat Cemas, Dukacita, Takut, Cepat Marah, Cepat Pening Kepala Apabila Berfikir, Pucat dhaif dan mudah tersinggung, Gelap Hati, Otak Bebal dan Pandangan Lemah.

ESI-Q Formulasi Homeopathy ini telah di akui keberkesanan untuk mempertingkatkan kekurangan atau kemerosotan pada kualiti kesihatan seseorang dan menjana minda yang cergas dan produktif.

ESI-Q dibuat dari tumbuhan dan mineral seni ‘Bio-Chemic’ yang telah diperhaluskan serta mempunyai rasa yang manis. Dengan proses inorganic di dalam minda mampu membuat perubahan kepada anda dan anak-anak anda. InsyaAllah ESI-Q berfungsi melegakan keletihan dan memberi kepintaran kepada minda, hilang bebal otak, menguatkan daya ingatan dan memulihkan gangguan dan ketenangan minda.

Digunakan secara Homeopathy sebagai makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal serta melegakan keletihan saraf, lemah daya tumpu (concentration), daya ingatan (memory), tegang fikiran (stress), gugup (anxiety), gementar (nervous) dan menambah tenaga.