Ads 468x60px

ESI-Q HOMEOPATHY

Pengasas Homeopathy

Sejarah Pengasas Perubatan Homeopathy
Dr.Samuel Hahnemann ( 1755 – 1843 )

Nama penuh pengasas perubatan Homeopathy ialah Cristian Hedrich Samuel Hahnemann, diperanakkan di Missen Saxony, Germany pada 10 April, 1755 dan meninggal di Paris pada 2 Julai 1843. Hahnemann mempunyai peribadi yang luar biasa, tinggi pengetahuan dan luas pengalamannya. Masa berumur 22 tahun ia telah mahir dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris, Hebrew, Seriani, Arab, Danish dan German, iaitu bahasa ibundanya.

Penemuannya tentang kaedah rawatan ‘simila similibus curentur’ adalah hasil dari kajian yang di lakukan keatas dirinya sendiri dengan kayu dari kulit pokok Cinchona yang telah dikenali boleh mengurangkan/mencegah penyakit Malaria. Hahnemann ingin mengetahui bagaimana Cinchona boleh menjadi penawar untuk Malaria. Beliau telah memakan kulit cinchona ini dengan kadar yang sedikit tetapi berpanjangan.. Beliau membuat demikian sebab setelah membaca didalam sebuah `materia medica’ (bahan bacaan tentang ubatan) bahawa jika terlalu menggunakan cinchona ia boleh menyebabkan penyakit demam seakan Malaria.

Kajiannya telah menyebabkan Hahnemann demam dan gejala demam nya telah di rekodkan dengan begitu teliti sesuai dengan jiwa ‘meticulous’ yang di milkinya. Kemudianya ia telah menjalankan ujian kaji keatas 300 jenis penawar menggunakan kaedah ini. Dan hasil dari ini , prinsip asas dan materia medica homeopathy yang pertama, ia itu `Materia Medica Pura’ di terbitkan. Prinsip asas yang telah diumumkan adalah Penawar , jika diberikan didalam dos yang kecil akan menyembuhkan gejala penyakit yang penawar yang sama boleh timbulkan oleh individu yang sihat jika diambil dengan dos yang besar.

Sesiapa yang masih belum memahami konsep perubatan Homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang dihidapi nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya! Yang sama menyembuh yang sama! Prinsip asas Homepathy yang telah mencetuskan sebuah revolusi didalam dunia perubatan! Pada tahun 1810, Hahnemann menerbitkan buku asas nya The Organon of Medicine yang dengan terang dan jelas menerangi kesemua prinsip rawatan Homeopathy.

Dr. Hahnemann mula mempraktikkan rawatan secara Homeopathy dan berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang sebelum itu tidak dapat dirawat. Beliau mendapat ramai pengikut dari kalangan Doktor semasa tetapi pada masa yang sama juga beliau menerima tentangan yang hebat dari kalangan para doktor. Di akhir hayatnya Homeopathy sudah begitu terkenal di Eropah, khususnya di Jerman dan di France.

Homeopathy terus berkembang ke England dan seterusnya ke Amerika Syarikat dimana ia mulai di popularkan oleh anak murid Hahneman sendiri ia itu Dr. Hering dan selepasnya Dr. JT Kent. Homeopathy kemudian berkembang subur di benua India dimana hingga kini pengamal Homeopathy yang paling hebat adalah yang dari India.

Kini Homeopathy sedang menikmati kebangkitan semula dengan kegagalan sistem perubatan ortodox untuk menyelesaikan banyak dari masalah penyakit.Ramai pesakit dan bakal perawat akan dapat memahami dengan lebih jelas perjalanan penyakit serta akan belajar mengenali diri dan keluargnya sebab Homeopathy menuntut supaya setiap individu yang ingin dirawat di teliti dan di faham jiwanya luar dalam.