Sistem perubatan Homeopathy berlandaskan hukum alam semulajadi yang membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang dan bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit berkenaan.Prinsip asas perubatan homeopathy ialah bersandarkan konsep 'persamaan' ataupun 'law of similars' yang juga merupakan maksud bagi perkataan homeopathy iaitu 'homois' dalam bahasa Yunani. Kaedah penyembuhan penyakit adalah dengan memberi penawar kepada pesakit bagi menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit itu sendiri. Perubatan Homeopathy merupakan satu alternatif bagi menyembuhkan pesakit dan memandang penyakit dan simptom sebagai suatu yang dinamik. Dengan itu Homeopathy sebenarnya mengubat pesakit dan bukannya penyakit itu sendiri.
Perkara yang paling indah, Homeopathy memberikan kebebasan pemikiran dan pendekatan didalam mengecam undang-undang semulajadi. Homeopathy merupakan satu pendekatan yang relevan terutama dalam era teknologi moden. Sistem perubatan Homeopathy diiktiraf sebagai salah satu kaedah perubatan moden di seluruh dunia dan mempunyai kedudukan yang sama dengan perubatan lain yang diamalkan di hospital-hospital di negara kita hari ini.
Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi’i atau 'Natural law' yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.
Dalam perubatan homeopathy, diagnosis atau nama penyakit tidaklah begitu penting tetapi diri pesakit itu lebih penting kerana dipercayai apabila seseorang itu sakit ia disebabkan oleh kuasa hayat atau fitrahnya yang terganggu.Akibat gangguan itu maka lahirlah pelbagai simptom samaada mental,emosi atau fizikal.Justeru itu dalam homeopathy penawar yang diberikan berdasarkan keadaan pesakit secara keseluruhan.Ia bukanlah suatu keanehan jika dua orang pesakit yang mempunyai sakit yang sama tetapi diberikan dua penawar yang berbeza.Inilah yang membezakan antara rawatan homeopathy dengan rawatan lain yang menyediakan ubat untuk membunuh kuman penyakit berkenaan.
Dengan kata lain homeopathy lebih kepada rawatan holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya.Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah.
Kenapa Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?
Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja.
Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air suling dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air suling ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.
Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy,tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiri ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara kemam atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah atau diatas lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.
Penawar Homeopathy Dan Pantang Larangnya
Penawar homeopathy dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi tanpa menyebabkan kerosakkan kepada persekitaran.Jumlah bahan yang diperlukan untuk membuat penawar adalah sedikit dan sumber bahan-bahan ini mudah diperoleh dan didapati daripada tumbuhan dan galian.
Penawar homeopathy diperoleh daripada alam semulajadi seperti galian dan logam,daripada tumbuhan dan kini diperoleh dari sumber sinaran/pancaran.Penawar-penawar baru dibentuk melalui proses kimia menggunakan eksperimen (digelar pembuktian atau proving) keatas manusia secara sukarela.Penawar homeopathy tidak diuji pada haiwan dan hanya diuji pada manusia.Penawar-penawar dibuat melalui proses larutan berulang (repetitive dilution) dan proses goncangan digelar mempotensi (potentisation).Hasil terakhir biasanya dalam bentuk globul-globul gula susu atau cecair.
Kesan penawar homeopathy terbukti selamat dan tiada kesan sampingan,maka ujian dan percubaan yang mahal tidak diperlukan.
